Translate

Thursday, February 16, 2012

SYARAT PINJAMAN DI PERKETATKAN MULAAI JANUARY 2012

Ada yang di sini baru atau telah hantar permohonan pinjaman bank? Nampaknya anda mungkin “sedikit sahaja bernasib baik”, kerana bermula awal tahun 2012, pinjaman bank akan mula diperketatkan dalam erti lain, makin sukar untuk mendapatkan pinjaman bank.

Berkuat kuasa 1 Januari 2012
Bank perlu beri maklumat terperinci pinjaman
Ambil kira pendapatan bersih
KUALA LUMPUR: Institusi kewangan tempatan akan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pinjaman bank, berkuat kuasa 1 Januari depan. Di bawah garis panduan baru Bank Negara Malaysia, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.

Sebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar. (Sumber : Berita Harian)

Antara garis panduan terbaru Bank Negara Malaysia kepada semua intitusi kewangan di Malaysia, suapaya hanya menawarkan pinjaman bank kepada yang benar-benar layak sahaja, antaranya ialah :

Pihak bank mesti pastikan pemohon pinjaman bank benar-benar faham dan jelas tentang jumlah bayaran balik yang perlu diselesaikan peminjam, jumlah kos kadar faedah yang akan ditanggung sepanjang tempoh pembiayaan, risiko pinjaman bank, serta kesan kenaikan kadar faedah terhadap pembiayaan yang diambil sehingga peminjam benar-benar yakin dengan keputusan yang dibuatnya
Manakala institusi kewangan mesti memberikan maklumat terperinci mengenai produk pembiayaan yang dimohon
Garis panduan ini baru oleh Bank Negara ini tertakluk kepada :
Semua permohonan baru yang dibuat oleh individu dan pemilik tunggal perniagaan untuk produk pinjaman perumahan
Pinjaman kereta
Kad kredit dan kad caj
Pinjaman peribadi termasuk overdraf
Pembiayaan untuk beli saham kecuali pembiayaan margin saham yang tertakluk kepada peraturan Bursa Malaysia
Dan kalau sebelum ini kita banyak melihat pinjaman kereta mampu melangkaui lebih 9 tahun, bermula awal tahun 2011 tiada lagi pinjaman kereta melebihi 9 tahun dan 9 tahun adalah tempoh pinjaman maksimum yang dibenarkan. Nampaknya hanya angka 9 tahun yang mampu dipertahankan untuk pinjaman kereta, menampakkan itu sahaja kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia membeli kereta-kereta yang ada di Malaysia sekarang, baik kereta Nasional mahupun kereta import.

Bagi kami langkah Bank Negara kali ini, kami agak bersetuju walaupun kami tahu ianya memang pahit untuk ditelan kerana sekarang ini :

Kadar NPL makin meruncing
Kebanyakan pinjaman peribadi contohnya digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk “tujuan-tujuan yang tidak berfaedah”. Tidak perlu kami huraikan, kami rasa anda-anda semua lebih mengetahuinya
Diharapkan apabila kemudahan kredit dikurangkan, sekurang-kurangnya harga rumah akan jatuh sedikit demi sedikit dan kembali ke paras yang munasabah walaupun hakikatnya kelompok daripada REDHA tidak akan mudah “merestuinya”
Elakkan lebih ramai muda-mudi daripada termasuk kelompok “blacklist”
Pinjaman Bank Diperketatkan. Langkah Kerajaan?



Tetapi langkah sendirian Bank Negara tidak cukup selagi tiada kerjasama daripada pihak kerajaan kerana, ketahuilah rakyat Malaysia sekarang ini menanggung :
Hutang kereta = 9 tahun? Betapa makin tak mampunya rakyat Malaysia
Hutang rumah = 30 tahun ? Betapa makin tak mampunya rakyat Malaysia. Penyelesaiannya, skim rumah pertamaku? Erm….
Hutang PTPTN = Rombak skim pinjaman yang ada
Hutang Kahwin =Biar papa asal bergaya?
Hutang kredit kad = Anda tanggung sendiri
Kita ambil secara majoritinya dengan mengenepikan golongan miniroti yang boros berbelanja. Okey…..yang menyebabkan rakyat Malaysia buat pinjaman bank ini semua, sebab majoriti pendapatan rakyat Malaysia tidak setara ataupun setimpal dengan kos sara hidup di Malaysia.

Hutang paling besar rakyat Malaysia datang daripada pinjaman perumahan & pinjaman kereta. Rumah di Malaysia sekarang memang sudah melampau-lampau mahalnya dan begitu juga harga kereta di Malaysia, sedangkan zaman sekarang rumah dan kereta satu kemestian.

Dan……kita sebenarnya sekarang ini berada dalam “kesenangan” yang

Pinjaman bank : Kepincangan sistem kewangan moden hari ini :

Disebalik garis panduan terbaru Bank Negara ini, golongan yang pasti akan terkesan adalah golongan pertengahan dan juga pendapatan yang “suam-suam kuku sahaja”. Golongan yang kaya-raya tidak terkesan pun. Malah suka atau tidak, hakikatnya mereka sering diberikan layanan “kelas pertama” oleh pihak bank untuk buat pinjaman bank.
Golongan berpendapatan rendah : Jumlah pinjaman lebih kecil dengan kadar yang lebih tinggi
Golongan kaya : Jumlah pinjaman lebih besar dengan kadar yang lebih rendah. Yang pastinya, pinjaman bank untuk mereka lebih mudah untuk diluluskan
Walaubagaimanapun, kalau disebabkan pelaksanaan syarat baru pinjaman bank ini menyebabkan ramai orang tak mampu nak meminjam disebabkan kurang mampu untuk membayar hutang. Dengan tidak memberikan memberi pinjaman bank kepada golongan ini, bermakna mereka sebenarnya telah dijauhkan daripada masalah yang boleh timbul akibat tak bayar hutang. Adakah ini sesuatu yang baik kepada golongan ini?

Okey, kami berikan contoh. Katakan :

Sebelum syarat baru pinjaman bank dilaksanakan, hutang boleh dinilai sehingga 70% daripada pendapatan isi rumah
Selepas syarat baru pinjaman bank dilaksanakan, katakan jumlah hutang terhadap pendapatan isi rumah dikurangkan kepada 50%.
Ini bagus, kerana jumlah pembayaran bagi sesuatu hutang yang ditanggung sudah dikurangkan.
Sekiranya kalau terjadi musibah yang tidak disangka (masalah tak dapat gaji, kena buang kerja atau ditipu sehingga mengalami kerugian yang banyak), anda kurang merasakan beban tersebut.
Semestinya, Bank Negara Malaysia (BNM) merangka & melaksanakan garis panduan seperti ini ada sebab musababnya daripada segi makro-ekonominya di Malaysia.

Setujukah Anda Pinjaman Bank Diperketatkan?


INFO DARI beritasemasa.com

SENARAI ORANG TERKAYA DI MALAYSIA

Senarai individu terkaya di Malaysia 2011 telah pun dikeluarkan pihak media. Yang kaya menjadi semakin kaya.Hanya tahniah yang kami mampu ucapkan. Bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai aset lebih RM 1 Bilion meningkat kepada 27 orang tahun ini berbanding 22 orang tahun lalu.

Gabungan aset 40 individu paling kaya di negara ini juga meningkat sebanyak 30% kepada RM 206.27 bilion daripada 156.7 bilion.Robert Kuok yang kembali semula dalam perniagaan gula tahun lalu terus mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia dengan aset bernialai RM 50.04 bilion.

Jutawan komunikasi, Ananda Krishnan di tempat kedua dengan RN 45.78 bilion, meningkat 70 peratus daripada tahun lalu.Kedudukan ketiga pula milik Tan Sri Teh Hong Piow, yang melonjak satu anak tangga dengan aset RM 12.77 bilion.

Win Movie Tickets now! Just click and answer an Easy Survey
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukannya sebagai orang melayu terkaya di Malaysia.Pendapatan asetnya meningkat sebanyak 50% kepada Rm 8.84 bilion. Berikut di bawah adalah senarai lengkap 10 rakyat malaysia paling kaya 2011.

Robert Kuok Hock Nien-RM 50.04 bilion
T. Ananda Krishnan-RM 45.78 bilion
Tan Sri Teh Hong Piow-RM 12.77 bilion
Tan Sri Lee Shin Cheng-RM 12.73 bilion
Tan Sri Lim Kok Thay-RM 10.89 bilion
Tan Sri Quek Leng Chan-RM 10.75 bilion
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary-RM 8.84 bilion
Puan Sri Lee Kim Hua-RM 7.42 bilion
Tan Sri Tiong Hiew King-RM 4.772 bilion
Ong Beng Sheng-RM 3.987 bilion
Ada tiga pendatang baru dalam senarai rakyat Malaysia yang memiliki kekayaan lebih dari RM 1 bilion. Mereka adalah:

Tan Sri Leong Huy Kum- Mah Sing Group
Datuk Seri Stanley Chai-Supermax Corporation Sdn.Bhd
Datuk Tan Heng Chew- Tan Chong Holdings Bhd.

Adakah kedudukan Robert Kuok akan dirampas juga satu hari nanti? Kita tunggu dan lihat.


INFO DARI beritasemasa.com